Nia;
13) Sambutan Ulang Tahun Ku yang Ke-21
Friday, November 23, 2018 @ November 23, 2018 | 0 comments


        17 November 1997, itulah tanggal aku lahir ke dunia ini. Aku dilahirkan di Hospital Taiping, Perak dan merupakan anak kedua dari tiga adik-beradikku. Kelahiranku sememangnya dinantikan oleh ibu bapaku dan juga kakak sulungku itu. Setiap tahun, mereka akan menceritakan tentang bertapa gembiranya mereka menyambut kelahiranku ini. Alhamdulillah, aku amat bersyukur kerana mempunyai ibu bapa, kakak dan adik yang sangat menyayangi diriku. Keluargaku adalah anugerah terindah yang diberikan Allah SWT kepadaku. Setiap tahun, kami akan meraikan hari ulang tahunku bersama-sama. 

          Namun berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, tahun ini aku tidak berkesempatan untuk  meraikan ulang tahunku bersama keluarga tercinta. Ini kerana, aku mempunyai tugasan yang perlu disiapkan dan kampung halamanku yang terletak di Perak dan memerlukan tempoh yang lama untuk aku kembali ke kampung halamanku itu. Sungguh, hanya Allah SWT sahaja yang mengerti perasaanku ketika itu. Sedih dan pilu kerana aku merindukan belaian kasih sayang dari keluargaku. Namun begitu, ibu dan bapaku tidak terlupa mengirimkan hadiah hari jadiku yang ke 21 ini. Mereka menghadiahkanku sepasang blaus berwarna pink lembut yang sungguh cantik. Aku amat bersyukur meskipun aku berjauhan dengan keluargaku, tetapi mereka masih mengingatiku. 

            Sabtu, 17 November 2018 hari tu seperti biasa aku perlu menghadirkan diri ke kuliah. Setelah kuliah tamat, aku dikejutkan dengan sedikit kejutan dari rakan-rakan sebilik yang menghadiahkanku sebuah kotak yang dipenuhi coklat. Meskipun kami baru sahaja kenal, tetapi mereka tetap mengingati tarikh lahirku itu. Sungguh aku terharu. Pada sebelah petang aku dikejukan lagi dengan kejutan dari teman istimewaku. Dia menghadiahkanku sejambak bunga mawar yang harum dan seutas gelang. Hari itu amat bermakna bagiku. Meskipun aku tidak dapat bersama keluargaku, aku pasti mereka juga gembira melihat aku gembira.


No automatic alt text available.   

 No automatic alt text available.

  No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person, sitting, food and indoor


No automatic alt text available.

Image may contain: people sitting and food

Gambar Koleksi Sendiri

"When you can't find the sunshine"
"Be the sunshine"