Nia;
9) Keindahan Panorama di Bumi UPM
Thursday, November 22, 2018 @ November 22, 2018 | 0 comments


       Kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi Universiti Putra Malaysia (UPM) ini, aku telah kagum dengan keindahan panoramanya. Walaupun terletak berdekatan dengan ibu kota, namun sehingga ke hari ini UPM berjaya mengekalkan keindahan suasana green campus. Aku amat bersyukur kerana aku merupakan seorang yang mencintai kehijauan alam yang masih kekal di bumi ini. Suasana keindahan flora dan fauna di UPM ini aku pasti, tiada univerisiti-universiti lain tidak dapat menandinginya.  UPM juga mempunyai pelbagai tempat yang menarik untuk dilawati. Antaranya, 

  • Ladang Ekuin UPM
         Sepanjang tempoh tiga bulan aku berada di UPM ini, baru sekali aku berpeluang untuk melawat dan menjejakkan kaki ini ke Ladang Ekuin itu. Ladang Ekuin ini mempunyai jumlah kuda yang banyak dan dijaga rapi oleh unit ladang tersebut. UPM juga menyediakan khidmat dan latihan bagi sesiapa yang berminat untuk menjadikan menunggang kuda sebagai sukan mereka dengan kadar yang berpatutan. 

Image may contain: horse, sky, outdoor and nature

Gambar diambil dari FB SMART UPM

  • Padang Golf UPM
         Sememangya aku tidak mempunyai minat dengan sukan golf sebelum ini, akan tetapi padang golf di UPM ternyata mampu mengubah minatku. Padang golf UPM bukan sahaja menyediakan fasiliti yang baik kepada penggunannya malah menjamukan pemandangan yang indah terhadap pengunjungnya. 


Image may contain: outdoor

Gambar diambil dari FB SMART UPM


  • Ladang 16 UPM
        Untuk pengetahuan pembaca, UPM merupakan salah satu universiti yang mempunyai pelbagai ladang di kawasan kampusnya. Tidak kira ladang haiwan ternakan mahupun ladang buah-buahan, semuanya ada di UPM ini. Ladang 16 merupakan salah satu ladang yang mempunyai keluasan yang sangat luas dan mempunyai haiwan-haiwan ternakan yang pelbagai. Suasana di ladang ini juga bakal membuatkan anda terasa seperti berada di Kundasang, Sabah. 

Image may contain: outdoor and nature

Image may contain: one or more people, people standing, tree, outdoor and nature

Image may contain: outdoor

Gambar diambil dari FB SMART UPM


  • Bukit Ekspo UPM
         Bukit ekspo di UPM merupakan kawasan riadah yang terbaik untuk pelajar-pelajarnya. Dengan keindahan suasananya yang tersendiri, penggunjung pasti terpikat dengan permandangan di situ. Amat sesuai jika ingin melakukan aktiviti riadah di petang hari dan bersantai bersama seisi keluarga. 


Image may contain: outdoor

Image may contain: tree, outdoor and nature

Image may contain: outdoor and nature

Gambar diambil dari FB SMART UPM



"When you can't find the sunshine"
"Be the sunshine"