8) Ulasan Kumpulan Puisi Aku Gagak
Thursday, November 22, 2018 @ November 22, 2018
| 0 comments ✿
Kumpulan puisi aku gagak merupakan sebuah buku yang menghimpunkan puisi-puisi yang berkaitan dengan perumamaan gagak terhadap manusia zaman sekarang. Burung gagak sering kali dimaksudkan dengan keburukan dan kekotoran kerana bulunya yang hitam serta hidup di persekitaran yang kotor. Akan tetapi pada pandangan penulis ini, beliau mempunyai perspektif yang berlainan bahawa burung gagak mempunyai kecerdikan yang tiada pada jenis burung yang lain.
Sebagai contoh, kisah burung gagak yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada Qabil untuk menjadi petunjuk telah mencetuskan ilham dan menjadi subjek utama buku ini. Penulis juga menjadikan burung gagak sebagai idea dalam keseluruhan puisi ini. Kumpulan puisi ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dari segi ciri-ciri ungkapannya dan perkataannya. Puisi-puisi di dalam buku ini banyak memberikan makna dan kesedaran kepada manusia agar terus berfikir dan berkelakuan baik di bumi tuhan ini.
Saifullizan Yahaya yang merupakan penulis Kumpulan Puisi Aku Gagak ini dilahirkan di Kampar Perak pada tahun 1975. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sri Bidor dan Sekolah Menengah Syeikh Abdul Ghani pada peringkat menengah. Hasil karnyanya banyak dalam bentuk cerpen, puisi dan rencana sastera. Beliau juga oernah memenangi beberapa hadiah sastera sebelum ini seperti Hadiah Penghargaan Formula Malaysia.