Nia;
7) Adakah Cinta Itu Buta?
Thursday, November 22, 2018 @ November 22, 2018 | 0 comments


        


Image result for love tumblr

       Aku sering kali mendengar orang berkata bahawa cinta itu buta. Malah, rakan-rakan terdekatku juga berkata begitu. Namun benarkah perspektif itu? Sudah menjadi fitrah manusia mempunyai perasaan kasih sayang itu. 

        Cinta itu sememangnya luas pengertiannya. Bahasa yang mudah difahami, cinta itu adalah kasih sayang. Cinta itu adalah pengorbanan. Cinta itu adalah kesetiaan dan cinta itu adalah kejujuran. Pada aku, cinta bukanlah semata-mata antara si dara dan teruna. Malah, cinta itu sangat luas maksudnya. 

        Cinta seorang hamba kepada penciptanya, itu juga merupakan sebuah cinta. Malah, cinta paling utama untuk seseorang hamba itu, adalah cintanya terhadap tuhannya. Kita sebagai manusia mestilah mencintai tuhan kita. 

       Cinta terhadap keluarga. Cinta kedua-dua ibu bapa terhadap anaknya, sanggup mengorbankan apa sahaja demi membesarkan anak-anaknya. Cinta seoarang anak kepada kedua-dua ibu bapanya, sanggup melakukan apa sahaja untuk membalas budi orang tuanya itu. Cinta seorang adik tehadap kakanya, cinta seorang kakak terhadap adiknya, sanggup beralah demi melihat adiknya bahagia. Cinta sepasang suami isteri, sanggup mencari rezeki demi keluarga tercinta. 

        Cinta seoarang guru terhadap murid-muridnya, seperti lilin yang sanggup membakar diri demi mendidik anak bangsa. Cinta seorang murid terhadap guru-gurunya, berdoa agar jasa-jasa gurunya itu sentiasa dimurahkan rezeki. 

        Cinta seseorang individu terhadap persekitarannya. Melihat keindahan flora dan fauna di bumi tuhan ini cukup membuatnya bahagia. Berusaha sedaya upaya memelihara keindahan  alam ini kerana cintanya. 

          Tidakkah semua itu cinta? Cinta itu sebenarnya murni dan suci nilainya. Benar, cinta itu Haruslah dijaga agar ia tidak melalaikan dan kekal membahagiakan kita di dunia dan juga di akhirat. 

"When you can't find the sunshine"
"Be the sunshine"