Nia;
12) Ulasan Cerpen Gulai Tempoyak Ikan Sebarau
Friday, November 23, 2018 @ November 23, 2018 | 0 comments


            Baru-baru ini aku ada membaca sebuah cerpen yang berjudul Gulai Tempoyak Ikan Sebarau. Cerpen hasil karya Malim Ghozali PK ini mempunyai keunikan yang tersendiri kerana judulnya yang mengetengahkan nama hidangan melayu khususnya bagi masyarakat melayu di Perak. Hal ini kerana gulai tempoyak sememangnya tidak asing di Negeri Perak. 

        Cerpen ini mengisahkan sepasang suami isteri yang sudah tua yang sentiasa merindukan anaknya yang bernama Toin. Toin merupakan anak lelaki mereka yang telah lama menetap di luar negara setelah bernikah dengan Janet. Kisahnya bermula apabila Pak Itam dan Mak Cik Siah menerima perkabaran yang anak lelakinya itu ingin pulang ke tanah air setelah dua tahun tidak menjejakkan kaki ke kampung itu. 

        Pak Itam dan Mak Cik Siah sudah beberapa hari susah hati memikirkan apa yang ingin dihidangkan kepada anak dan menantunya itu. Mereka ingin menyediakan hidangan terbaik kepada anak dan menantunya itu. Pak Itam dan Makcik Siah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan ikan sebarau walaupun menghadapi kesukaran kerana ikan itu jarang ditemui. Namun, setelah semuanya telah tersedia, Toin sedikit pun tidak menjamah gulai tempoyak ikan sebarau itu dengan alasan dia menghidap kencing manis dan tidak boleh memakan masakan ibunya itu. Di akhir cerita, Toin memberitahu kebenaran bahawa dia dan isterinya telah berpisah kerana selalu berselisih pendapat sebelum ini. Pak Itam dan Mak Cik Siah hanya mampu beristighfar setelah mendengar pengakuan anaknya itu. 

           Secara keseluruhannya, cerpen ini mengisahkan tentang sebuah institusi kekeluargaan yang berjauhan. Penulis bejaya mengangkat nama hidangan melayu sebagai tajuk cerpen ini dan menyampaikan mesej yang amat bermakna kepada pembaca. 



Image result for gulai tempoyak ikan sebarau    Image may contain: text
    

Gambar diambil dari Google
              

"When you can't find the sunshine"
"Be the sunshine"