Nia;
11) Persiapan Menghadapi Banjir
Friday, November 23, 2018 @ November 23, 2018 | 0 comments



              Banjir merupakan isu terkini yang banyak disiarkan di dada-dada akhbar mahupun berita di kaca televisyen. Alhamdulillah, sepanjang hidupku selama 21 tahun, aku belum pernah lagi diuji dengan dugaan bencana banjir ini. Aku bersyukur kerana aku tidak diduga dengan dugaan sebesar ini. Namun, sebagai seorang rakyat Malaysia aku sudi membantu mangsa-magsa banjir. Jadi entri blog kali ini adalah berkaitan dengan persiapan menghadapi banjir khas untuk mereka-mereka yang tinggal di kawasan yang berisiko untuk menghadapi banjir. 

        Sebelum menghadapi banjir, pelbagai persiapan juga perlu dilakukan. Antaranya adalah mendapatkan maklumat terkini tentang banjir di tempat anda. Cuba untuk menghubungi pihak-pihak yang terlibat di radio dan televisyen dan mengambil maklumat terkini tentang kawasan perumahan anda. Selain itu, anda hendaklah memastikan anda memeriksa lubang air seperti longkang atau saluran najis agar tidak tersumbat. Anda juga perlu mengambil tahu kawasan pusat permindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda serta pastikan anda menyediakan bekalan makanan dan minuman yang secukupnya untuk keluarga anda. 

               Semasa banjir, apabila anda menerima arahan untuk berpindah maka segeralah anda berpindah kerana jika anda melambat-lambatkan pergerakkan anda, keadaan ini mungkin akan membahayakan nyawa anda. Jika kenderaan anda tersangkut di jalan, segeralah tinggalkan kenderaan anda dan bergerak ke tempat yang lebih selamat kerana nyawa anda lebih berharga dari kenderaan tersebut. Anda juga perlu sentiasa bersiap sedia dengan peralatan kecemasan dan segera ke tempat yang lebih tinggi dan selamat. Elakkan melalui kawasan banjir yang berarus deras kerana ia boleh menghanyutkan anda. 

                   Semoga, sedikit sebanyak entri blog ini dapat membantu mangsa banjir dan diharapkan supaya mangsa bajir kekal tabah menghadapi dugaan hidup ini. 


Image result for banjir

Gambar diambil dari Google 

"When you can't find the sunshine"
"Be the sunshine"