10) Ulasan Cerpen Homosektual
Friday, November 23, 2018 @ November 23, 2018
| 0 comments ✿
Cerpen Homosektual karya Faisal Tehrani merupakan sebuah novel yang mengajak pembaca berfikir secara kritis apabila membacanya. Cerpen ini mengisahkan tentang dua orang lelaki yang dipenjarakan akibat kesalahan menjadi pengamal heterosektual dan homosektual.
Homosektual boleh ditakrifkan sebagai individu yag tertarik kepada jantina yang sama manakala heterosektual pula boleh didefinisikan sebagai individu yang tertarik kepada jantina yang berbeza.
Kedua-dua pemuda ini mempunyai pendapat dan pegangan yang belainan antara satu sama lain. Mereka kemudiannya ditempatkan di dalam satu bilik. Pada mulanya, memang agak kekok suasana di dalam bilik itu memandangkan mereka mempunyai pendapat yang belainan. Tetapi lama kelamaan mereka mula menerima pendapat tentang sesuatu isi tersebut dan memahami antara satu sama lain.
Penulis menekankan bahawa terdapat percanggahan idea dan pendapat antara pengikut homosektual dan heterosektual melalui dua watak pemuda ini. Namun, lama kelamaan kedua-dua lelaki ini mampu menjadi sahabat setelah mengenali antara satu sama lain.
Penulis menggunakan kosa kata yang agak tinggi dan penceritaan di dalam cerpen ini agak sedikit berat jika dibandingkan dengan cerpen-cerpen yang lebih santai.
Gambar Koleksi Sendiri